Wednesday, June 16, 2010

Spain tumpas di tangan Swiss



Switzerland membuat kejutan di piala dunia ini apabila mereka menumpaskan pasukan Spain 1-0 dalam perlawanan kumpulan H.Goal pasukan Swiss dijaringkan oleh Gelson Fernandes pada minit ke 52 dan pasukan Spain yang pernah menjadi juara Eropah itu tidak berjaya menjaringkan gol sehingga wisel penamat dibunyikan.

Korea utara mendapat kemenangan moral?

Walaupun Korea Utara tidak berjaya mencatat kemenangan ke atas Brazil tetapi mereka meraih kemenangan moral dengan menjaringkan gol ke atas juara lima kali piala dunia,Brazil.Semangat yang ada pada Korea Utara harus dipuji untuk mempertahankan gol mereka daripada dibolosi pihak lawan sehingga mendatangkan kesulitan kepada pasukan Brazil untuk menjaringkan gol pada separuh masa pertama.

Selepas gawang gol Korea Utara dibolosi dua gol,semangat dan keyakinan mereka tidak pernah luntur sehingga berjaya membuat rembatan yang cantik ke atas gol pihak lawan.Akhirnya,pasukan mereka berjaya menjaringkan gol pada saat-saat akhir dan seterusnya dapat menaikkan moral pemain untuk perlawanan akan datang.

Walaupun Korea Utara berada pada kedudukan paling bawah kumpulan tetapi mereka banyak mempelajari daripada kekalahan dengan pasukan Brazil.Untuk perlawanan yang akan datang,Korea utara seharusnya mengubah atau memperbaharui semula taktik mereka jika mereka memerlukan kemengan di piala dunia ini.



Tuesday, June 15, 2010

Brazil 2-1 North Korea



Juara lima kali Piala Dunia,Brazil memulakan misi mereka pada hari Selasa menumpaskan Korea Utara 2-1.Gol pertama pasukan Brazil dijaringkan oleh Maicon pada minit ke 55 diikuti Elano pada minit ke 72.Manakala gol Korea Utara dijaringkan oleh Yun-Nam Ji minit ke 89.

Monday, June 14, 2010

Belanda kalahkan Denmark 2-0


Perlawanan kumpulan E piala dunia,Belanda tanpa bersusah payah telah mencatatkan kemenangan ke atas Denmark 2-0.Hasil gol sendiri daripada pemain Denmark,Simon Poulsen telah memberi mata pertama kepada Belanda.Gol sendiri yang dijaringkan pada permulaan separuh masa kedua itu dan jaringan lewat daripada Dirk Kuyt telah memberikan kemenangan ka atas Denmark.

Manakala perlawanan diantara Italy dengan Paraguay adalah berkeputusan 1-1.Italy yang pada mulanya mendahului Paraguay hasil jaringan gol,Del Rosie tersentak apabila Paraguay menyamakan kedudukan melalui tandukan Aureliano Torres.

German Belasah Australia 4-0


German telah menamatkan misi pertama mereka dengan kemenangan bergaya ke atas Australia dalam perlawanan pembukaan kumpulan D sempena piala Dunia ini.Persembahan yang sangat menakjubkan dipamerkan oleh pasukan german membuahkan hasil apabila berjaya menyumbat empat gol ke atas Australia di Moses Mabhida Stadium.

Penyerang pasukan German iaitu Lukas Podolski dan Miroslav Klose berjaya menjaringkan goal pada separuh masa pertama diikuti oleh pemain sayap Thomas Mueller serta pemain simpanan yang menggantikan Miroslav klose,Cacau pada separuh masa kedua.

Malang buat pasukan Australia apabila salah seorang pemain mereka,Tim Cahill telah dihadiahkan kad merah oleh pengadil selepas mengasari pemain German,Bastian Schweinsteiger.Walaupun terpaksa bermain dengan sepuluh orang,kerja keras dan semangat yang dipamerkan oleh pasukan Australia untuk menjaringkan gol harus dipuji.

German telah merampas kedudukan daripada Ghana untuk mengetuai kumpulan D yang telah menewaskan Serbia 1-0 dalam perlawanan di Pretoria.